Monday, October 25, 2021

Penjual nasi ayam, jurukimpal ditangkap polis di Batu Kawa

Mesti baca

PADAWAN: Dua lelaki yang bertugas sebagai jurukimpal dan penjual nasi ayam ditangkap polis selepas didapati menjual loteri awam tanpa lesen serta judi dalam talian (JOL) di sebuah kedai makan di Batu Kawa, semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata, suspek berusia 37 dan 42 tahun ditahan di lokasi sama hasil serbuan Op Dadu oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah IPD Padawan sekitar jam 5.11 petang.

“Ketika ditahan suspek pertama mengaku bekerja sebagai penjual loteri awam tanpa lesen manakala seorang lagi suspek mengaku bekerja sebagai penjual JOL dan loteri awam tanpa lesen.

“Hasil serbuan dan tangkapan kedua-dua kes turut merampas dua unit telefon bimbit dan RM250,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kedua-dua suspek kini ditahan di lokap Balai Siburan untuk tindakan lanjut.

Dedahnya hasil semakan rekod polis mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod masalah lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan 4(A)(a) ARJT 1953.

Secara Rawak

Artikel Terbaru