Tuesday, September 21, 2021

Penganggur dicekup bersama-sama dadah di rumah

Mesti baca

BAU: Seorang penganggur lelaki dicekup bersama dadah jenis syabu di sebuah rumah di Kampung Segubang diserbu secara mengejut Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Bau, kira-kira jam 5.45 pagi tadi.

Suspek berusia 21 tahun itu ditemui berseorangan di biliknya sebelum pasukan operasi menjumpai sepeket plastik lut sinar di atas lantai bilik yang berisi serbuk dadah jenis syabu seberat 0.3 gram.

Ketua Polis Daerah Polis Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek bersama barangan kes itu seterusnya dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik untuk siasatan lanjut.

“Saringan ujian awal air kencing yang dilakukan terhadap suspek mendapatinya positif dadah.

“Siasatan mendapati suspek terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak tiga tahun lepas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Poge, suspek yang turut mempunyai rekod jenayah lampau berdasarkan semakan rekod polis akan dipohon reman untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM5,0000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Dalam pada itu, Poge menegaskan pihak polis akan terus menjalankan pemeriksaan dari semasa ke semasa di pekan Bau khususnya di kawasan kampung-kampung atau tempat disyaki menjadi sarang dadah.

Secara Rawak

Artikel Terbaru