Monday, October 25, 2021

Mohon segera bantuan khas OKU RM500 sebulan

Mesti baca

KUCHING: Golongan Orang kelainan upaya (OKU) yang bukan penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) digesa memohon Bantuan Kewangan Khas OKU di bawah bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

Ia merupakan bantuan kewangan yang disediakan kerajaan bagi membantu individu OKU yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, mereka yang layak boleh memohon bermula sekarang sehingga 6 Ogos nanti.

“Permohonan yang lulus dan layak akan menerima kadar bantuan sebanyak RM500 setiap bulan untuk tempoh tiga bulan,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Sim berkata antara syarat kelayakan adalah pemohon mestilah OKU yang berdaftar dengan JKM, berumur 16 tahun ke atas, terkesan kerana diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji, diarah bercuti tanpa gaji, bekerja sendiri dan bukan kakitangan kerajaan.

“Borang permohonan boleh didapati daripada portal rasmi JKM www.jkm.gov.my atau hubungi pegawai JKM Sarawak, Mohamad Ali Taib (013-8801719), Harry Silas Tirau (019-7593157) dan Boniface Julai (010-9698437) untuk sebarang pertanyaan,” ujarnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru