Tuesday, June 28, 2022

Lelaki “main buaian” di lampu isyarat

Secara Rawak

JIANGSU: Tindakan lelaki yang mengayunkan buaian di bawah lampu isyarat di Nanjing, Jiangsu timur China, mencetuskan kritikan netizen media sosial baru-baru ini.

Video yang kini tular di media sosial menunjukkan lelaki tersebut berayun di sebuah lampu isyarat tanpa menghiraukan kenderaan lalu-lalang di sekitarnya.

Tindakannya mencetuskan pelbagai persoalan, sama ada ia satu persembahan khas atau sengaja mencari publisiti.

Ramai berpendapat lelaki itu harus ditangkap pihak berkuasa kerana perbuatannya membahayakan nyawa orang ramai.

Menurut laporan Global Times, memandangkan ini pertama kali pihak berkuasa tempatan menemui tingkah laku aneh seperti itu, mereka kini berunding dengan jabatan undang-undang cara menanganinya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru