JAKARTA: Indonesia melanjutkan sekatan pergerakan Covid-19 selama seminggu sehingga 2 Ogos di sebalik kes jangkitan terus meningkat.
Negara 270 juta jiwa itu berada di tangga ke-14 dunia setelah merekodkan lebih 3.16 juta kes jangkitan. Semalam sahaja terdapat 38,679 kes.
Menurut data Worldometers pagi Isnin, jumlah kematian sudah mencecah 83,279 termasuk 1,266 kes semalam.
Sementara itu, kerajaan pimpinan Jokowi bertekad untuk menambah unit rawatan rapi (ICU) susulan peningkatan kes kematian akibat virus berkenaan.
Indonesia menjadi pusat wabak Covid-19 Asia dengan sistem kesihatannya semakin kritikal apabila Pulau Jawa dan Bali kehabisan bekalan oksigen.