Saturday, October 23, 2021

88 kluster masih aktif di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Jumlah kluster yang masih aktif di Sarawak adalah sebanyak 88 selepas tiada kluster baharu jangkitan Covid-19 diisytiharkan semalam, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Jawatankuasa itu dalam satu  kenyataan semalam berkata, daripada jumlah itu, lima kluster merekodkan penambahan 16 kes baharu, manakala 83 lagi kluster tiada  penambahan kes.

Jelasnya, penambahan kes baharu itu membabitkan Kluster Kampung Kendaie (6), Kluster Senulau (4) dan Kluster Abu Bengang (3).

“Turut merekodkan penambahan kes baharu ialah Kluster Bukit Tinggi (2) dan Kluster Lunyim (1),” katanya.

Sementara itu, dua kluster —  Kluster Kampung Muara Tebas dan Kluster Jalan Stampin di Kuching, ditamatkan semalam.

“Penamatan kedua-dua kluster tersebut dilakukan setelah tiada kes baharu Covid-19 dikesan melibatkan kluster ini dalam tempoh 28 hari,” jelasnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru