Tuesday, September 21, 2021

Jumlah kes di Sarawak menjunam

Mesti baca

KUCHING: Kes baharu jangkitan Covid-19 di Sarawak mencatatkan penurunan hari ini dengan 261 kes baharu yang dikesan.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), daerah Kuching merekodkan kes tertinggi hari ini dengan 119 kes, Lundu (25), Pakan (23), Saratok (17), Serian (13) dan Tanjung Manis (12).

“Sementara sebanyak sembilan kes di Sarikei, Bintulu (8), Beluru (7), Samarahan (6), Miri (4), Sibu (3), Kapit (3), Bau (3), Betong (2), Subis (2), Belaga (2), Asajaya (1), Mukah (1) dan Telang Usan (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 73,579 kes,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, JPBN berkata sebanyak dua kes kematian baharu dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 455 orang.

Secara Rawak

Artikel Terbaru