Monday, October 25, 2021

Najib: Bakul makanan tidak dapat penuhkan dapur rakyat

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib razak berkata, bantuan bakul prihatin daripada kerajaan tidak dapat memenuhkan dapur rakyat seperti didakwa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin yassin.

“Sebab saya tak percaya dapur siapa akan penuh dengan bakul prihatin yang hanya mengandungi beras (5kg), gula (1kg), tepung (2kg), bihun (400gram), kicap (650ml), sardin (230gram), biskut dan kopi,” katanya di Facebooknya, hari ini.

Sementara itu, Najib yang juga ahli parlimen Pekan berkata, duit yang dapat dijimatkan setelah mendapat derma 2.5 juta dos vaksin -1 juta dari Amerika Syarikat, 1 juta dari Jepun dan 500 ribu dari China boleh digunakan untuk tambah bakul makanan.

Menurut beliau, dengan anggaran kos RM60 satu dos, kerajaan sudah jimat RM150 juta.

“Wang yang dijimat ini boleh dan patut digunakan untuk menambah baik program bakul makanan dengan menambah jumlah penerima dan menambah kandungan bakul makanan,” katanya.

Ujar beliau lagi, dengan menambah kandungan bakul, kerajaan juga akan memanfaatkan kos bungkusan dan penghantaran serta masa dan tenaga kerja yang digunakan bagi pengurusan program ini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru