Sunday, December 5, 2021

Rekod tertinggi, lebih 15,000 kes, termasuk  461 di Sarawak 

Secara Rawak

KUCHING: Rekod baru tertinggi!

Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM) melaporkan 15,573 kes baharu Covid-19  hari ini.

Ini menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 980,491 kes setakat ini.

Ini termasuk 461 kes di Sarawak berbanding 644 semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 7,672 kes.

Ini diikuti oleh Kuala Lumpur (2,063), Kedah (937), Johor (722), Negeri Sembilan (682), Pulau Pinang (530), Sabah (516), Pahang (457), Melaka (452), dan Perak (415).

Manakala Kelantan (372), Terengganu (229), Putrajaya (41), Labuan (21) dan Perlis (tiga).

Sementara itu, terdapat 144 kematian di negara ini hari ini, menjadikan keseluruhannya 7,718 kes.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru