Tuesday, September 21, 2021

Kuching, Simunjan, Bintulu, Dalat, Serian, Sibu catat kes tinggi

Mesti baca

KUCHING: Sarawak merekodkan 461 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri ini kini 73,318 kes.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), terus Kuching merekodkan kes harian tertinggi  sebanyak 184 kes.

Jelasnya, ini diikuti Simunjan (30), Bintulu (29), Dalat (29), Serian (28) dan Sibu (28).

Kes-kes lain dikesan di Miri (26), Samarahan (22), Bau (20), Sri Aman (11), Beluru (10), Subis (9), Saratok (7), Lundu (6), Asajaya (5), Mukah (3), Kapit (3), Telang Usan (3), Selangau (3), Meradong (2), Tatau (2) dan Sarikei (1).

“Daripada 461 kes baharu yang dilaporkan, 289 kes melibatkan individu yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif COVID-19 dan 97 kes melibatkan individu dalam kluster aktif sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan.

“Manakala 38 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan dan 37 kes lagi merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan,” katanya.

JPBNS memaklumkan terdapat tiga  lagi kes kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat Covid-19 di Sarawak kini 453 orang.

Jelasnya, dua daripada kes kematian ini membabitkan perempuan tempatan dan seorang lelaki tempatan berumur antara 59 hingga 91 tahun dari Hospital Bintulu dan Hospital Sibu.

Secara Rawak

Artikel Terbaru