Monday, August 2, 2021

Jangan salah guna media sosial

Mesti baca

KUCHING: Masalah ledakan media sosial merupakan cabaran besar pembangunan budaya dan masyarakat di Sarawak jika teknologi tersebut disalahgunakan.

Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UMS, Professor Madya Dr Bitcher Bala berkata, jika teknologi tersebut disalahgunakan boleh menghancurkan pembangunan yang dibina terutamanya penyebaran berita palsu dan fitnah.

“Penyebaran fitnah dan berita yang menyentuh sensitiviti kaum, jantina dan agama boleh meruntuhkan pembangunan yang diusahakan Kerajaan Negeri selama ini.

“Oleh sebab itu, tidak cukup langkah memperkenalkan undang-undang kerana setiap individu harus bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Forum Hari Sarawak anjuran Pustaka Sarawak secara langsung di media sosial Facebook dan Youtube, semalam.

Tambahnya, dalam perkembangan teknologi, rakyat Sarawak harus mengamalkan sikap positif untuk memanfaatkan setiap teknologi dengan wajar.

Secara Rawak

Artikel Terbaru