Friday, July 30, 2021

Tiga rumah ibadah di Repok dapat sumbangan dari Unifor

Mesti baca

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato Sri Huan Tiong Sii telah menyempurnakan penyerahan cek sumbangan daripada Kerajaan Sarawak menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) kepada tiga rumah ibadah dan persatuan keagamaan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok.

Tiga rumah ibadah tersebut adalah Tokong Fu Gui Ting, menerima cek berjumlah RM300,000, Yien Sung Church (RM100,000) dan Kwang Eng Church (RM90,000).

Peruntukan ini bertujuan untuk melaksanakan aktiviti serta membina mahupun membaikpulih rumah ibadah tersebut.

Turut hadir, Penghulu Huang Tiong Kang, Kapitan Law Ing Liong, Kapitan Ling Dien Yong dan Kapitan Law Pick Hung.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru