Friday, July 30, 2021

Tiada kes varian Delta di Bintulu

Mesti baca

BINTULU: Tiada kes Covid-19 varian Delta dikesan di Bintulu setakat ini.

Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr Melvin Chung Hsien Liang berkata ini berdasarkan laporan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak(SDMC).

Justeru, beliau berharap semua pihak terus berwaspada dan meningkatkan kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

“Kami berharap kami dapat terus mematuhi SOP dalam usaha melindungi bahagian Bintulu dan mengekalkan kes rendah kita jika boleh sifar kes Covid-19,” katanya ketika ditemui usai menghadiri majlis ringkas sambutan Hari Sarawak 2021 di PPV Dinner World.

Sambutan sederhana untuk memperingati Hari Sarawak 2021 itu atas inisiatif petugas dan sukarelawan di PPV terbabit.

Pada masa yang sama, beliau menyeru agar mereka yang masih belum menerima suntikan vaksin untuk tampil ke hadapan bagi mendapatkan bantuan di klinik kesihatan, pejabat daerah berdekatan atau Pusat Khidmat Masyarakat wakil rakyat bagi membolehkan pihak berkuasa mendekati mereka untuk mendapatkan suntikan vaksin, tanpa mengira kewarganegaraan atau dokumentasi yang tidak lengkap.

Secara Rawak

Artikel Terbaru