Friday, July 30, 2021

Sebuah rumah panjang dikenakan PKPD, dua ditamatkan

Mesti baca

KUCHING:  Rh. Gimang, Jalan Kwong Ming Minah di Sarikei dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). 

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), arahan PKPD ini berkuatkuasa mulai 22 Julai hingg 7 Ogos ini. 

“PKPD membabitkan dua buah rumah panjang lain di Sarikei iaitu Rh. Nugu, Kerubong Selalang dan Rh Tapoi, Sg. Setajam masing-masing dilanjutkan mulai tiga hari lagi mulai 22 hingga 23 Julai. 

“Manakala PKPD membabitkan lima lokaliti di Betong, Sebauh, Meradong dan Julau masing-masing ditamatkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Lima lokaliti PKPD yang ditamatkan PKPD semalam ialah Rh. Joseph, Nanga Bangkit dan Rh. Munan, Nanga Bangkit Ulu di Spaoh, Betong dan PKPD di Kuarters Pekerja, Ladang DD Pelita Sebungan Palm Oil. 

Turut ditamatkan hari ini ialah PKPD di Rh.Lidom, Nanga Enseluai di Julau manakala PKPD di Rh. Ujit, Sg. Rayah, Bintangor ditamatkan 23 Julai ini. 

Secara Rawak

Artikel Terbaru