Friday, July 30, 2021

Sarawak gemilang bergema di Bintulu

Mesti baca

BINTULU: Laungan ‘Sarawak Gemilang Untuk Semua’ bergema di PPV Dinner World Bintulu simbolik sambutan memperingati Hari Sarawak 2021.

Hampir kesemua petugas di PPV itu membabitkan sukarelawan kesihatan dan bukan kesihatan memakai baju raya berwarna warni, sekali gus menceriakan suasana.

Acara sambutan secara kecil-kecilan anjuran petugas dan sukarelawan PPV tersebut turut dihadiri Pegawai Kesihatan Bintulu Dr Melvin Chung Hsien Liang.

Acara dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan negeri Sarawak, “Ibu Pertiwiku”.
diikuti persembahan tarian ‘ngajat’  oleh dua  petugas PPV terbabit  yang mengenakan kostum tradisional berwarna-warni sebelum diakhiri dengan acara mengibarkan bendera Sarawak.

Dr Melvin ketika ditemui selepas upacara tersebut mengatakan bahawa rakyat Sarawak dari pelbagai lapisan masyarakat harus berbangga walaupun menyambut Hari Sarawak secara kecil-kecilan kerana pandemik Covid-19.

“Di Bintulu saya diundang untuk menghadiri upacara sederhana, yang merupakan inisiatif sukarelawan di PPV Dinner World.

“Ia sungguh mengejutkan bagi semua barisan hadapan  dan penerima vaksin di sini hari ini di mana mereka dihiburkan dan menyanyikan lagu  Ibu Pertiwiku dan Sarawakku Sayang bersama-sama dengan harmoni,” katanya.

Sebagai rakyat Sarawak, tegasnya, setiap orang harus berbangga dengan apa yang telah mereka perjuangkan, apa yang mereka lalui selama setahun terakhir dalam memerangi pandemi Covid-19.

“Kami berharap dengan acara sederhana ini, kami masih dapat menyampaikan pesanan mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kepada semua orang termasuk barisan hadapan,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru