Friday, July 30, 2021

Sambutan orang ramai amat menggalakkan untuk program vaksin di Sibu

Mesti baca

DUDONG: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa 2 mula dilaksanakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) SM Citizen Sibu pada Selasa.

Menurut Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Wong Ching Yong, seramai 2,500 dijangka hadir menerima suntikan vaksin dos kedua selama tiga hari PPV tersebut beroperasi.

“Pada hari ini (Selasa) proses berjalan dengan lancar bagi dos kedua memandangkan ianya tidak memerlukan banyak proses seperti dos pertama.

“Manakala sambutan orang ramai amat menggalakkan dan lebih 800 orang hadir mendapatkan suntikan vaksin pada hari tersebut,” katanya.

Katanya lagi, program vaksinasi seterusnya akan dilaksanakan di Medan Hotel bagi suntikan dos kedua.  

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru