Friday, July 30, 2021

Rumah panjang di Belaga terbakar

Mesti baca

BELAGA: Satu kebakaran melibatkan rumah panjang Uma Tr Yan Ketek, Uma Seping Kajang, Long Koyan Sungai Belaga dilaporkan berlaku, petang semalam.

Empat anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu(BBP)diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Christus Buson bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan daripada BBP Belaga pada jam 4.45 petang.

Perjalanan ke lokasi kejadian mengambil masa lapan jam dari pusat bandar Bintulu manakala empat jam perjalanan daripada BBP Belaga.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Sehingga berita ini ditulis, punca kebakaran masih belum diketahui.

Secara Rawak

Artikel Terbaru