Friday, July 30, 2021

Lelaki didapati mati di dalam kereta di feri Batang Sg Paloh

Mesti baca

MERADONG: Seorang lelaki berusia 47 tahun ditemui meninggal dunia di dalam keretanya di Feri Batang Sungai Paloh, Meradong, Sarawak sekitar jam 4.20 petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Sekam Anoi, lelaki berkenaan merupakan seorang pemborong ikan dan ditemui di dalam kereta jenis Hilux berwarna putih.

Jelasnya lelaki tersebut ditemukan tidak sedarkan diri oleh orang awam di bahagian pemandu kenderaan tersebut.

“Lelaki tersebut telah meninggal dunia di tempat kejadian dan hasil pemeriksaan tidak menjumpai sebarang kecederaan pada mangsa.

“Hasil siasatan awal mendapati lelaki tersebut dikenali sebagai Kueh Kqi Ming, dan jelas isterinya, suaminya itu telah di vaksin imunisasi Covid-19 pada 28 Jun yang lalu dan kali kedua pada 14 Julai di Dewan Suarah Sarikei,”katanya dalam satu kenyataan.

Tambah isterinya lagi suami juga merupakan penghidap penyakit darah tinggi tetapi tidak memakan ubat seperti yang disarankan.

Setelah itu mayat berkenaan dibawa ke Hospital Sarikei dan diperiksa oleh Pegawai Perubatan Daerah Sarikei Dr. Asza Azia Mohd Sa’aid, dan sampel ujian calitan untuk Covid-19 turut diambil termasuk bedah siasat dilakukan bagi mengenal pasti punya kematian.

“Bagaimanapun waris lelaki tersebut tidak mahu melalui proses bedah siasat dilakukan dan proses akuan bersumpah dari pihak mahkamah dipohon oleh waris lelaki tersebut.

“Sehingga kini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut”, ujarnya lagi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru