Friday, July 30, 2021

Langkah  Sarawak dapat berdiri sama tinggi dengan negeri, negara lain

Mesti baca

KUCHING: Keupayaan untuk membuat keputusan sendiri demi kepentingan Sarawak mencerminkan jati diri anak Sarawak dalam menentukan masa hadapan mereka sendiri  dibuat agar negeri ini dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negeri-negeri atau negara-negara yang sudah berada di hadapan,  Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Katanya, keputusan menangani pandemik Covid-19 di negeri ini adalah mengikut peruntukan dalam Perlembagaan, tetapi  dengan keadaan dan keperluan negeri ini, kata.

Ketua Menteri berkata langkah ini diambil bagi memastikan setiap keputusan yang dibuat lebih praktikal dan berkesan.

“Kita  menghormati Kerajaan Persekutuan dan keputusan yang dibuat di peringkat persekutuan, namun bukan bermakna setiap keputusan yang dibuat di Putrajaya sesuai atau praktikal dilaksanakan di Sarawak,” katanya.

Abang Johari berkata demikian dalam perutusan  sempena Hari Sarawak yang disambut hari ini.

Abang Johari berkata Sarawak sebuah wilayah hampir sama besar dengan tanah Semenanjung dan kadangkala, dengan kekangan sumber dan infrastruktur,  agak sukar untuk pihak berkuasa negeri melaksanakan keputusan yang dibuat di peringkat persekutuan.

Sebagai contoh, kata beliau, modifikasi  proses pemberian vaksin  adalah perlu bagi membolehkan rakyat di luar bandar diberi suntikan vaksin dahulu kemudian barulah didaftar melalui aplikasi MySejahtera.

“Kita akur, sukar bagi penduduk di rumah-rumah panjang dan kampung untuk mendaftar dan mengakses MySejahtera,” jelasnya.

Katanya, ruang membolehkan Sarawak membuat keputusan sesuai dengan keperluan negeri ini  telah memungkinkan Kerajaan Negeri mengambil langkah-langkah yang mampu mempercepat proses pemberian vaksin di Sarawak.

Untuk rekod, semalam Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata,  setakat 14 Julai lalu,  768,358 individu atau 36.9 peratus rakyat Sarawak telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19, manakala  1,559,655 atau 74.8 peratus sudah mendapat dos pertama.

Sarawak  kini diakui sebagai antara negeri terpantas dari segi pemberian vaksin di negara ini oleh pelbagai pihak, termasuk PKR.

Secara Rawak

Artikel Terbaru