Friday, July 30, 2021

Kuching, Krian, Miri catat kes tinggi

Mesti baca

KUCHING: Sarawak mencatatkan 644 kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini melibatkan kes yang berpunca daripada saringan bersasar di lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, lokaliti yang banyak merekodkan kes adalah Kampung Seratau (Kuching) dengan 145 kes, Rumah Kambieng, Abu Bengang, Krian (Saratok) 126 kes, Penjara Pusat Miri (Miri) 120 kes, dan Penjara Pusat Sri Aman (Sri Aman) merkodkan 25 kes.

“Daerah yang melaporkan kes positif tertinggi adalah di Kuching dengan 258 kes, diikuti Sararok (131); Miri (126); Sri Aman (27); Sibu (22); Samarahan (15); Serian dan Bau (12); manakala Betong (7).

“Selain itu, Pakan, Lundu, Kapit, Sarikei dan Telang Usan masing-masing merekodkan empat kes; Bintulu, Lawas, Meradong, Beluru dan Subis (2); manakala Song, Tebedu, Bukit Mabong dan Selangau (1),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sementara, JPBN memaklumkan sebanyak 486 kes baharu telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital serta PKRC setakat hari ini.

“Justeru, jumlah keseluruhan kes yang sembuh dan dibenarkan discaj telah meningkat kepada 66,766 atau 93.01 peratus.

“Dan jumlah kes yang masih aktif pula adalah sebanyak 4,474,” jelasnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru