Friday, July 30, 2021

Kerjasama pelbagai pihak jayakan vaksinasi di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dengan sokongan dan kerjasama pelbagai pihak, terutamanya pihak industri, telah menubuhkan pusat pemberian vaksin (PPV) di tempat  kerja di negeri ini, kata Ketua Menteri.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pasukan bergerak turut ditubuhkan  bagi mendekati penduduk  yang tidak dapat datang ke pusat vaksin.

Selain itu, katanya, pihak tentera  juga membantu di kawasan-kawasan luar bandar,.

“Alhamdulillah, dengan semua langkah ini Sarawak  antara negeri yang terpantas dalam program pemberian vaksin dengan lebih daripada 60 peratus daripada rakyat dewasa, 2.2 juta telah menerima dos pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan  sempena Hari Sarawak yang disambut hari ini.

“Langkah-langkah ini dilaksanakan   JPBNS untuk mengekang penularan Covid-19. Langkah  mempercepat program pemberian vaksin nampaknya telah berjaya menurunkan kes jangkitan harian kebelakangan ini,” katanya.

“Hal ini membuktikan Sarawak, dengan ruang yang ada, berupaya untuk menguruskan apa-apa saja perkara yang dihadapi,” ujarnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru