Friday, October 22, 2021

Dua kluster baharu dikesan di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Terdapat dua kluster baharu dikesan di Sarawak hari ini melibatkan daerah Saratok iaitu Kluster Ulu Senulau,  dan Kluster Abu Bengang.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), kedua-dua kluster tersebut merupakan kluster komuniti dan dikesan di rumah panjang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah tersebut.

“Bagi, Kluster Ulu Senulau ia melibatkan penduduk rumah panjang di Nanga Gong, Ulu Senulau dan seramai 33 orang didapati positif Covid-19.

“Manakala, Kluster Abu Bengang melibatkan penduduk di rumah panjang Abu Bengang, Krian dan seramai 131 orang telah dikesan positif,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, JPBN memaklumkan kesemua kes positif yang melibatkan kedua-dua kluster tersebut telah dirujuk ke PKRC di daerah Betong bagi menjalani rawatan dan pengasingan.

Dalam perkembangaan yang sama, JPBN menambah terdapat satu kluster yang diisytiharkan tamat hari ini iaitu Kluster Jalan Bintulu-Tatau, Bintulu menjadikan hanya 94 kluster masih aktif di Sarawak.

Secara Rawak

Artikel Terbaru