Friday, October 22, 2021

Tangguhkan dulu hasrat letakkan  Lembaga Tabung Haji di bawah Bank Negara

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa agar kerajaan menangguhkan dahulu hasrat bagi meletakkan Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah seliaan Bank Negara Malaysia.

Katanya, keputusan tersebut perlu ditangguh sehingga Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) selesai menjalankan siasatan.

“Tangguh dulu keputusan meletakkan Tabung Haji di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia sehingga Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) selesai jalankan siasatan,” katanya dalam  satu kenyataan menerusi laman Facebooknya, hari ini.

Kementerian Kewangan sebelum ini memaklumkan Jemaah Menteri bersetuju dengan penyenaraian TH sebagai institusi kewangan Islam yang ditetapkan di bawah Seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia BNM.

Pada 14 Julai, kabinet bersetuju menubuhkan RCI bagi menyiasat isu berbangkit mengenai pengurusan dan operasi TH di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).

Pemuda Umno kekal tegas mendesak agar Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menubuhkan RCI bagi menyiasat sebarang salah laku dan penyelewengan dalam urusniaga TH yang dibuat sepanjang pentadbiran Pakatan Harapan (PH) namun sehingga kini tiada satu pun didakwa ke muka pengadilan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru