Saturday, December 4, 2021

Remaja ada 82 butir gigi, doktor terpaksa cabut

Secara Rawak

BIHAR: Remaja yang menderita ketumbuhan luar biasa terpaksa menjalani pembedahan tiga jam untuk mengeluarkan 82 butir gigi dari mulutnya.

Nitish Kumar, 17, menderita Complex Odontoma, ketumbuhan pada bahagian rahangnya sejak lima tahun lalu.

Keadaannya semakin teruk menyebabkannya perlu menjalani pembedahan memperbaiki rahangnya yang dipenuhi 82 butir gigi dalam dua gumpalan besar.

Biasanya manusia normal hanya mempunyai 32 butir gigi, sebaliknya ketumbuhan tersebut menyebabkan wujudnya gigi tambahan di mulut Nitish.

Setelah sekian lama tidak menerima sebarang rawatan Nitish berjumpa doktor di Institut Sains Perubatan Indira Gandhi di Bihar.

Setelah melihat keadaannya doktor di situ mengambil keputusan melakukan pembedahan mengeluarkan gigi lebihan itu, lapor DNA.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru