Monday, August 2, 2021

Premis makanan di Jln Pasar Pusa nyaris musnah terbakar

Mesti baca

BETONG: Sebuah premis makanan nyaris musnah dalam kebakaran membabitkan bahagian dapur premis itu di Jalan Pasar Pusa, malam tadi.

Tidak ada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden kira-kira jam 11.25 malam itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota yang diketuai Komander Operasi, Vincent Baling Yabi bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 11. 27 malam.

“Kejadian melibatkan 50 peratus bahagian dapur premis yang terletak di bahagian bawah bangunan dua tingkat jenis kekal itu.

“Ia bagaimanapun berjaya dikawal sepenuhnya oleh anggota dengan bantuan awal orang awam yang kebetulan berada di lokasi terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Masa operasi pemadaman selesai sepenuhnya pada jam1:00 pagi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru