Wednesday, September 22, 2021

Pengorbanan barisan depan bertugas pada Hari Raya Aidiladha dihargai

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengorbanan para barisan hadapan negara amat dihargai dan disanjungi apabila mereka tetap berkhidmat pada sambutan Hari Raya Aidiladha demi bakti kepada pertiwi.

Menurut beliau, para barisan depan kesihatan, keselamatan, pengangkutan, penghantaran dan ramai lagi termasuk petugas pasaraya, restoran makanan segera dan lain-lain juga

mengambil risiko dengan kes jangkitan Covid-19 yang sangat tinggi demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

“Syabas dan terima kasih rakyat Malaysia ucapkan kepada anda semua. Menterjemahkan erti sebuah pengorbanan itu, dengan pelbagai pengertian,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebooknya.

“Cekal menjalankan tanggungjawab pada Aidiladha bagi memastikan keperluan rakyat dipenuhi, maka demikian semangat sambutan Hari Raya Aidiladha berkait dengan mereka jua, iaitu sebuah pengorbanan demi kebaikan dan ketakwaaan kepada Yang Maha Esa,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut menghargai barisan hadapan yang bukan muslim dalam melaksanakan tanggungjawab.

“Begitu juga barisan hadapan bukan muslim pengorbanan anda sentiasa diingati. Tetapkan semangat dan jangan sesekali mengalah dengan ujian dan cabaran sedang dihadapi,” katanya.

“Lumrah kehidupan manusia berdepan pelbagai dugaan namun pada akhirnya mendewasakan,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru