Friday, July 30, 2021

Lelaki terkejut isteri kahwini lelaki lain

Mesti baca

BEIJING: Seorang lelaki melayari aplikasi video kegemarannya menerima kejutan selepas melihat video isterinya berkahwin dengan lelaki lain di sebuah bandar jiran.

Kisahnya Yin Cheng (nama samaran) bermula selepas keluarganya mula mendesaknya berkahwin ekoran usianya yang mencapai 35 tahun.

Berikutan itu dia meminta bantuan pencari jodoh yang dikenali sebagai Li memperkenalnya dengan janda bernama Nana.

Yin dikatakan tidak kisah dengan status janda tersebut dan selepas menjalin hubungan melalui panggilan video, Yin menyuarakan hasrat berjumpanya.

Dia juga memberi wang 1,000 yuan (RM643) menyuarakan keikhlasannya.

Namun, Yin tidak menyedari bahawa dia jadi mangsa penipuan. Meraka berdua kemudiannya berkahwin dan hanya selepas tiga hari berkahwin, Nana memberitahu dia hendak pulang kampung melawat keluarganya.

Dia kembali kira-kira seminggu kemudian dan dua hari selepas itu kembali lagi ke kampungnya dengan alasan hendak membantu ibunya.

Biarpun Nana sering kali pulang kampung, namun Yin tidak mengesyaki apa-apa sehingga isterinya tidak lagi menjawab panggilannya dan dia melihat video Tik Tok tersebut.

Dia pergi ke lokasi video itu dan selepas memastikan wanita dalam video itu ialah Nana, dia membuat laporan polis.

Siasatan lanjut mendapati Lin dan Nana adalah sebahagian daripada rangkaian penipuan besar yang mengambil kesempatan terhadap lelaki yang terdesak mencari isteri.

Menurut Odditycentral, polis menahan lima orang yang terlibat dalam 19 kes penipuan perkahwinan, dan menyebabkan kerugian sekitar 2 juta yuan ( hampir RM1.3 juta) terhadap mangsa mereka.

Secara Rawak

Artikel Terbaru