Monday, August 2, 2021

Jumlah kes di Sarawak menjunam

Mesti baca

KUCHING:  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 11,985 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 951,884 kes.

Sarawak pula merekodkan 261 kes, terendah untuk sekian lama sekali gus menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan 72,213 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan,  Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor masih mencatatkan jangkitan harian tertinggi, dengan 5,550 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (1,174), Kedah (800), Negeri Sembilan (745), Johor (644), Pahang (603), Melaka (453), Sabah (474), Kelantan (386), Pulau Pinang (362), Perak (274), dan Sarawak (261).

Manakala Terengganu (171), Putrajaya (51), Labuan (35) dan Perlis (dua).

Secara Rawak

Artikel Terbaru