Friday, October 22, 2021

Indonesia kini di tangga ke-14 dunia

Mesti baca

JAKARTA: Indonesia terus naik di tangga dunia dari segi jumlah kes keseluruhan jangkitan Covid-19.

Pada awal Rabu, negara 270 juta jiwa itu  berada di tangga ke-14 dunia dari segi jumlah keseluruhan kes jangkitan.

Indonesia merekodkan 2,950, 058 kes jangkitan, tertinggi di Asia Tenggara.

Semalam sahaja negara 17,500 pulau itu merekodkan 38,325 kes jangkitan.

Menurut angka Worldometers, jumlah kematian menghampiri  76,200 kes, termasuk 1,280 kes terbaharu

Jumlah petugas kesihatan yang terkorban melebihi 1,000 orang termasuk sekitar 500 doktor.

Indonesia meneruskan  langkah-langkah ketat mengekang pandemik itu dengan umat Islam di negara berpenduduk Muslim terbesar di dunia itu menyambut Aidiladha semalam dengan larangan solat sunat berjemaah Aidiladha di Pulau Jawa dan Bali.

Sementara itu, dalam kalangan negara Asean, Filipnia di tangga kedua, di belakang Indonesia.

Filipina di tangga ke-23 dunia dengan 1.51 juta kes jangkitan, termasuk 4,516 kes semalam, manakala jumlah kematian 26,844 kes, termasuk 58 kes semalam.

Malaysia di belakang Filipina berada di tangga ke-34 dunia selepas merekodkan 939,899 kes jangkitan dan 7,241 kematian.

Secara Rawak

Artikel Terbaru