Wednesday, September 22, 2021

Enam motosikal di Bintulu musnah dalam kebakaran

Mesti baca

BINTULU: Enam unit motosikal yang di parkir di tepi pekarangan sebuah kediaman di Taman Bandar Jaya musnah akibat kebakaran, awal petang tadi.

Komander Operasi, Pegawai Kanan Bomba II Kup Pek berkata tiga jentera bomba bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 1.22 petang.

Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, mendapati api telah dipadam sepenuhnya oleh jiran di sebelah kediaman terbabit menggunakan sumber air paip berdekatan.

Pihak bomba, katanya, hanya melakukan pemantaun bagi memastikan kebakaran tidak berulang.

Insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kehilangan atau kecederaan jiwa.

Secara Rawak

Artikel Terbaru