Monday, August 2, 2021

Delta Varian, Pati masuki Sarawak positif

Mesti baca

Pada hari ini 21 Julai 2021, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu telah dimaklumkan oleh pihak UNIMAS bahawa sampel COVID-19 yang dihantar ke UNIMAS pada 12 Julai 2021 adalah disahkan “Delta variant” COVID-19.

Kes tersebut merupakan seorang warga Indonesia, pendatang tanpa izin (PATI) yang telah diambil ujian PCR pada 7 Julai 2021 dan didapati positif COVID-19.

Saringan awal menunjukkan beliau dijangkiti “Variant COVID-19” dan sampel telah dihantar ke UNIMAS untuk ujian pengesahan.

Beliau ditahan di Hospital Sibu sejak 7 Julai 2021. Hasil siasatan didapati beliau baru memasuki Sarawak dari Indonesia pada 5 Julai 2021.

Seorang kontek PATI yang masuk bersama beliau adalah negatif COVID-19 dan masih di pusat kuarantin sehingga 21 hari. Dua orang tempatan yang juga kontek beliau ujian negatif dan ditahan di pusat kuarantin untuk 21 hari. Pihak Polis sedang menyiasat kes tersebut.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu menegaskan supaya penduduk Sibu harus berwaspada dan masih perlu mengamalkan SOP iaitu sentiasa memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan mengelak ke tempat orang ramai berkumpul walaupun sudah menerima vaksin.

Diingatkan juga supaya jangan mengambil pekerja asing yang tidak sah untuk bekerja.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu

Secara Rawak

Artikel Terbaru