Monday, August 2, 2021

76 kes baharu varian Delta di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Terdapat 76 kes baharu varian Delta (B.1.167.2) telah dikesan di negeri ini.

Menurut Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Professor Dr David Perera, ia dikesan dalam pengesanan dan pengawasan berterusan varian SARS-COC-2 yang tersebar dalam negeri ini.

“Sampel dari kes positif diuji antara 7 Jun hingga 13 Julai baru-baru ini.

“Sebilangan besar kes iaitu 52 kes dikesan di Kuching,” katanya dalam kenyataan terkini kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah Embas di sini hari ini.

Kata Dr David, varian berkenaan dikenal pasti dari sampel yang diambil dari Hospital Sentosa, Balai Polis Satok dan beberapa lokasi yang lain di Kuching.

“Selain itu, varian ini juga dikesan di Serian (11 kes), Samarahan (tiga kes), Sri Aman (lima kes) dan di Sibu, Miri dan Betong (masing-masing satu kes).

“Kita juga telah mengesan satu kes di bawah kategori Import A dan Import B,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru