Monday, August 2, 2021

46,606 terima vaksin di Sarawak pada cuti  sambutan Aidiladha

Mesti baca

KUCHING: Sebanyak 204,064 dos satu dan 95,529 dos kedua diberikan semalam, 20 Julai 2021.

Sarawak menyaksikan 12,336 orang menerima dos pertama manakala 34,270 menerima dos kedua menjadikan jumlah harian 46,606 semalam.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), Malaysia mencatat 299,593 dos pemberian vaksin  pada hari cuti sambutan  Aidiladha semalam.

Jumlah  keseluruhan pemberian vaksin seluruh negara setakat ini ialah 15.07 juta.

Ia membabitkan 4.76 juta atau 14.6 peratus populasi sudah lengkapkan suntikan dua dos vaksin.

Manakala bagi dos pertama, 10.3 juta atau 31.5 peratus populasi sudah disuntik.

Selangor dan Wilayah Persekutuan muncul negeri tertinggi penerima suntikan vaksin, sebanyak 4.14 juta untuk dos pertama dan 1.3 juta untuk dos kedua.

Secara Rawak

Artikel Terbaru