Tuesday, September 21, 2021

Penduduk Baki Bujuk bakal punyai rumah panjang baharu

Mesti baca

BELAWAI: Penduduk Rumah Baki Bujuk di Sebayang bakal mendiami kediaman baharu selepas permohonan pinjaman untuk membina rumah panjang diluluskan Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak.

Rumah Panjang 15 pintu tersebut mendapat pinjaman berjumlah RM450,000 yang terbahagi masing-masing RM30,000 untuk setiap pintu.

Pada Sabtu, Menteri Muda Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh telah berbincang dengan Tuai Rumah Baki berkenaan pembinaan rumah panjang baharu mereka itu.

Terdahulu, Datu Len turut mengadakan perjumpaan dengan Pemangku Pegawai Daerah Tanjung Manis yang baharu, Ismail Kasah bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Zon Tanjung Manis yang diketuai Pemanca Tanjung Manis Morshidi Morais.

Objektif perjumpaan adalah membincangkan isu-isu semasa dan pada masa yang sama beliau mahu KMKK lebih aktif dalam menangani setiap isu yang dibangkitkan oleh rakyat disamping bekerjasama rapat dengan Pejabat Daerah.

Pada program berasingan, Datu Len juga menyantuni para peniaga di Pasaria Belawai serta meninjau perkembangan terkini projek Pantai Belawai yang dijangka siap penghujung bulan ini.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru