Wednesday, September 22, 2021

Malaysia terus catat lebih 420,000 dos vaksin

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat 424,936 dos pemberian vaksin pada Isnin.

Jumlah ini menyaksikan angka vaksinasi harian kembali kepada lebih 400,000 dos sehari.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 282,106 dos pertama dan 142,830 dos kedua diberikan pada 19 Julai.

Katanya, ini menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin setakat ini di seluruh negara ialah 14.7 juta.

Ia membabitkan 4.67 juta atau 14.3 peratus populasi sudah lengkap suntikan dua dos vaksin.

Menurut data Johns Hopkins University, di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 57 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Manakala Filipina, Thailand dan Malaysia masing-masing kini dengan lebih 14 juta dos vaksin.

Singapura di tangga kelima dengan lebih 6 juta dos.

Secara Rawak

Artikel Terbaru