Friday, July 30, 2021

Indonesia  naik tangga, hampiri tiga juta jangkitan, 75k kematian

Mesti baca

JAKARTA: Indonesia terus naik di tangga dunia dari segi jumlah kes keseluruhan jangkitan Covid-19.

Setakat petang Selasa, negara 270 juta jiwa itu merekodkan 2,911,733 kes jangkitan, tertinggi di Asia Tenggara.

Manakala menurut angka Worldometers, jumlah kematian menghampiri 75,000 kes.

Jumlah petugas kesihatan yang terkorban melebihi 1,000 orang termasuk sekitar 500 doktor.

Indonesia itu mencatatkan 1,338 kes kematian harian semalam, jumlah tertinggi direkodkan setakat ini walaupun angka kes baharu berkurang kepada 34,257.

Indonesia meneruskan  langkah-langkah ketat mengekang pandemik itu dengan umat Islam di negara berpenduduk Muslim terbesar di dunia itu menyambut Aidiladha hari ini dengan larangan solat sunat berjemaah Aidiladha di Pulau Jawa dan Bali.

Secara Rawak

Artikel Terbaru