Wednesday, September 22, 2021

Empat lokaliti di Sarawak dikenakan PKPD

Mesti baca

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diisytiharkan di empat lagi lokaliti di negeri ini berkuat kuasa antara 19 Julai hingga 3 Ogos ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), PKPD ini membabitkan Rumah Setinggan, Sg. Plan (Belakang SOP),Bintulu dan Rh. Bat, Simpang Koko, Sarikei.

“Turut dikenakan PKPD ialah Kampung Bintawa Hilir, Kuching dan Kampung Sungai Tapang, Kuching.

“Arahan PKPD ini dibuat bagi mengekang penularan Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, lima lokaliti yang dikenakan PKPD sebelum ini ditamatkan selepas tiada lagi kes jangkitan Covid-19 dilaporkan melibatkan lokasi tersebut mulai hari ini.

Antaranya, Kampung Mambong, Kuching; Rh. Anita, Balai Badak, Kampung Klampai, Saratok; Rh. Abing, Lubuk Kerikap, Sebetan, Saratok; Rh. Lau ak Janting, Batu 20 Jalan Bintulu-Miri, Bintulu dan Kem Kejin, Shin Yang, Long Lama Estate, Telang Usan.

Sementara itu, polis Sarawak mengeluarkan 19 kompaun di Kuching (11), Bintulu (6) dan Padawan (2) atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan setakat ini sebanyak 9,426.

Jelasnya, seorang lelaki warganegara Indonesia ditangkap kerana melanggar SOP iaitu berkumpul di tempat awam selain turut disabitkan kesalahan di bawah Akta Imigresen.

Bagi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, sebanyak 12 kompaun dikenakan di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan oleh kementerian terbabit sebanyak 1,333.

Secara Rawak

Artikel Terbaru