Thursday, December 9, 2021

19 daerah di Sarawak zon merah, satu kluster baharu

Secara Rawak

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengisytiharkan satu kluster Covid-19 baharu di negeri ini hari ini menjadikan jumlah kluster yang aktif di negeri ini sebanyak 91 setakat ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), kluster baharu itu, Kluster Jalan Jambusan 2, Bau ialah kluster tempat kerja membabitkan pekerja sebuah pasar raya di Jalan Jambusan di Bau.

“Seramai 99 individu telah disaring, 11 didapati positif termasuk kes indeks, 43 lagi negatif sementara 45 lagi masih menunggu keputusan.

“Mereka yang positif telah dimasukan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Daerah Kuching bagi mendapat rawatan lanjut,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

JPBNS  memaklumkan satu kluster diisytiharkan tamat, iaitu Kluster Kampung Kolong 2, Kuching setelah tiada kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 28 hari yang lalu melibatkan kluster ini.

Manakala lapan kluster yang aktif merekod penambahan kes baharu iaitu sebanyak 62 melibatkan Kluster Bedup Longgo (34), Kluster Sentosa 2 (17), Kluster Sungai Sengkabang (6), Kluster Tema Saan (1), Kluster Sega (1), Kluster Pasar Basah Mukah (1), Kluster Duyoh (1) dan Kluster Jalan Selalang (1).

Jelasnya, JPBNS,  19 daerah diisytiharkan sebagai zon merah iaitu Beluru, Betong, Lundu, Saratok, Tebedu, Telang Usan, Bau, Meradong, Tatau, Subis, Mukah, Sarikei, Samarahan, Serian, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu.

“Empat pula daerah diisytihar sebagai Zon Jingga iaitu Selangau, Song, Lubok Antu dan Bukit Mabong.

“Zon Kuning pula terdiri daripada Asajaya, Sri Aman, Kanowit, Dalat, Sebauh, Pakan, Matu, Simunjan, Julau, Kabong, Marudi, Pusa dan Belaga manakala Zon Hijau merangkumi Tanjung Manis, Limbang, Lawas dan Daro

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru