Saturday, October 23, 2021

Warga emas di Kuching disamun RM13,000

Mesti baca

KUCHING: Seorang warga emas berusia 59 tahun mengalami kerugian sebanyak RM13,000 selepas disamun seorang lelaki bermotosikal di Jalan Tupong, sekitar jam 1.40 petang, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Kuching yang mengesahkan kejadian berkata suspek bagaimanapun berjaya ditangkap dalam tempoh kurang 48 jam hasil tindakan risikan yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Kuching.

Menurutnya, suspek berusia 23 tahun itu ditahan sekitar jam 10.30 malam di sebuah rumah taman perumahan lorong Menggris, semalam.

“Hasil soal siasat telah membawa kepada rampasan barang-barang kes seperti pakaian, telefon bimbit, wang tunai, topi keledar serta motosikal yang digunakan oleh suspek semasa melakukan jenayah samun tersebut.

“Pagi tadi suspek telah pun dihadapkan ke mahkamah majistret Kuching untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosuder Jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dedahnya, semakan rekod jenayah turut mendapati suspek mempunyai sebanyak empat rekod jenayah di dalam kes tipu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tegasnya, suspek kini masih dalam tahanan selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dipenjara selama tempoh sampai 14 tahun, dan dikenakan denda atau sebat.

Secara Rawak

Artikel Terbaru