Friday, July 30, 2021

Pemandu terkejut melihat kereta berasap terbang di udara

Mesti baca

CALIFORNIA: Sebuah video yang agak mencemaskan dimuat naik di platform YouTube “The Life of Mike & Sam” pada awal minggu ini dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Insiden berlaku di kawasan lebuh raya 99 di Yuba, California dan dirakam di video Dashcam kereta pemandu yang berada beberapa meter dari lokasi kejadian.

Klip video yang tular ini menunjukkan kereta berasap tiba-tiba muncul dari lebuh raya sebelah kiri, melayang di udara kemudian terhempas di jalan raya dan berpusing dua kali sebelum berhenti.

Pemandu itu memberitahu dia tidak melihat kereta itu sehingga isterinya yang berada di sebelahnya menjerit gara-gara begitu terkejut.

Dia sempat menekan brek kereta dan berhenti beberapa meter dari kereta terbabit.

Lelaki itu terus berlari keluar memeriksa pemandu yang dilihatnya terbaring di atas bumbung kereta.

Pemilik video itu turut menyuarakan rasa terkejut dan hairan bagaimana pemandu wanita itu terselamat dalam insiden yang amat mengerikan, lapor Arynews.

Secara Rawak

Artikel Terbaru