Friday, July 30, 2021

Covid-19: 114 doktor Indonesia meninggal dalam 17 hari

Mesti baca

JAKARTA:  Di sebalik angka kes jangkitan Covid-19  harian yang tinggi di Indonesia dan jumlah kematian yang tinggi, yang menyedihkan, angka korban dalam kalangan doktor juga tinggi.

Menurut Persatuan Doktor Indonesia (IDI), 114 doktor meninggal dunia pada 1 hingga 17 Julai.

Jumlah kematian doktor akibat COVID-19 di Indonesia meningkat dengan tinggi pada separuh pertama bulan ini.

Lebih daripada 1,000 orang barisan depan termasuk doktor telah meninggal dunia setakat ini.

Angka itu mewakili 20 peratus daripada keseluruhan 545 doktor yang maut akibat wabak itu sejak wabak maut itu dikesan di negara 270 juta jiwa itu.

Pegawai Kanan IDI, Mahesa Paranadipa berkata, persatuan itu bimbang dengan sistem perubatan yang beroperasi sekarang mungkin tidak dapat bertahan.

Akibat penularan varian Delta yang lebih ganas, Indonesia melaporkan kes jangkitan COVID-19 tinggi berbanding negara lain di seluruh dunia sejak beberapa minggu lepas.

Kini Indonesia berada di tangga ke-15 dunia dengan merekodkan lebih 2.87 juta kes dan 73,582 kematian.

Semalam negara itu melaporkan 44,721 kes dengan 1,093 kematian.

Secara Rawak

Artikel Terbaru