Thursday, December 9, 2021

Bomba bukan sekadar padam kebakaran, ini yang berlaku di Bau…

Secara Rawak

BAU: Tindakan seorang individu membuat panggilan kecemasan kepada bomba demi mendapatkan keperluan bayinya pada kadar segera mendapat perhatian daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau.

Menurut Ketua BBP Bau Tawang Linggem, mangsa difahamkan masih dalam perintah kuarantin di rumah membuat panggilan sekitar jam 11.55 pagi memaklumkan keperluan bayinya telah habis dan meminta pasukan berkenaan menghantar bantuan terbabit ke rumahnya.

Jelas beliau, pihaknya tidak memandang ringan akan panggilan kecemasan itu sebaliknya bertindak mendapatkan barangan terbabit pada kadar segera dan menghantar ke rumah pengadu di Kampung Grogo, Bau.

Tambahnya antara barangan yang telah dihantar iaitu susu tepung, pampers bayi, beras, telor, dan lain-lain keperluan.

“Penyerahan tidak dibuat secara tangan memandangkan mangsa sedang dikuarantin. Barangan keperluan asas yang dibekalkan oleh BBP Bau hanya diletakkan di luar rumah mangsa sahaja,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak hari ini.

Jelas Tawang, tindakan tersebut turut sebagai aktiviti khidmat kemanusiaan untuk keprihatinan rakyat dalam tempoh darurat sepanjang memerangi pandemik Covid-19.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru