Wednesday, September 22, 2021

Saiful Norahim terajui PGBS hingga 2023

Mesti baca

KUCHING: Saiful Norahim telah dipilih untuk menerajui kepimpinan baharu Persatuan Graduan Bumiputera Sibu (PGBS) untuk Sesi 2021-2023.

Pemilihan itu dibuat sebulat suara oleh ahli-ahli PGBS yang menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PGBS yang berlansung pada Hari Sabtu 17 Julai 2021 secara atas talian.

Saiful Norahim merupakan Timbalan Yang Dipertua PGBS bagi sesi sebelum ini iaitu Sesi 2018-2020 dan kini dipilih sebagai Yang Dipertua PGBS bagi menggantikan Sdr. Abg Fairul Syarmil yang tidak lagi mempertahankan jawatan YDP pada pemilihan kali ini.

Saiful Norahim merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan kini bekerja sebagai Eksekutif Pembangunan Pelajar di University College of Technology Sarawak (UCTS) di Sibu. Beliau juga banyak menerajui beberapa gerakan pelajar dan terlibat aktif di dalam beberapa NGO di Sibu.

AGM PGBS ini merupakan kali pertama dilakukan secara atas talian ekoran kebimbangan keadaan pandemik yang masih belum reda pada masa sekarang.

Menerusi AGM kali ini, ahli-ahli telah diberi makluman mengenai pencalonan bagi 4 jawatan utama iaitu Yang Di Pertua, Timbalan YDP, Setiausaha & Bendahari.

Kemudian pemilihan dibuat berdasarkan pencalonan dan undian pada mesyuarat agung.Seramai 89 ahli berdaftar PGBS telah dimaklumkan dan dijemput di dalam Mesyuarat Agung Tahunan secara atas talian kali ini melalui aplikasi Google Meet.

PGBS merupakan NGO yang banyak menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan pendidikan di Sibu. PGBS diasaskan oleh YB Dr Annuar Rapaee 18 tahun yang lepas dan kini dilantik sebagai Penaung/Penasihat.

Secara Rawak

Artikel Terbaru