Saturday, October 8, 2022

Polis tahan dua lelaki, rampas dadah di Bintulu

Secara Rawak

BINTULU: Polis menahan dua lelaki warga asing dan merampas dadah jenis Methamphetamine dianggarkan bernilai RM4, 200 dalam dua tangkapan berasingan di hadapan sebuah kilang di Jalan Sungai Nyigu, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili berkata dua suspek berusia 36 dan 31 tahun ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Bintulu, kira-kira jam 3.30 petang.

Tangkapan pertama, katanya, membabitkan saspek lelaki warganegara asing berumur 36 tahun.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Bintulu ke atas suspek menemukan satu plastik hitam mengandungi tiga paket plastik lutsinar dan 20 keratan tiub straw kehijauan berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 31.9 gram yang dianggarkan bernilai RM3,500.

Tangkapan ke atas saspek pertama
menjurus kepada penahanan saspek kedua yang juga seorang lelaki warganegara asing berumur 31 tahu di kawasan sama.

“Pemeriksaan ke atas saspek kedua turut menemui dua paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis sama seberat 6.6 gram yang dianggarkan bernilai RM700 yang diletakkan dalam bag pouch yang digunakan saspek,” ujar Zulkipli.

Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati kedua-dua saspek positif dadah jenis Methamphetamine.

Bagaimanapun, kedua-dua saspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru