Sunday, July 3, 2022

Jumlah sampel ujian bertambah di negara ini

Secara Rawak

KUCHING: Secara umumnya, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah sampel Covid-19 (ujian RT-PCR dan RTK-Ag) yang diuji bagi tempoh 14 hari kebelakangan menunjukkan trend menaik.

Pada 16 Julai lalu, katanya, jumlah ujian keseluruhan ialah 132,935.

Sebanyak 65,171 ujian rt-PCR dan 67,764 RTK-Ag telah dijalankan.

“Negeri Selangor telah menjalankan jumlah ujian tertinggi iaitu 46,681 ujian, WP Kuala Lumpur 16,500 ujian dan Johor pula 10,611 ujian,” katanya.

“Masih terdapat kapasiti untuk menjalankan lebih banyak ujian dan ianya masih boleh ditambahkan lagi misalnya di makmal-makmal swasta,” katanya lagi.

Jelasnya, kapasiti ini akan diguna pakai sebaiknya bagi menjalankan ujian Covid-19 terutama bagi saringan bertumpu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru