Friday, July 30, 2021

Anak kecil menangis merayu ayamnya dikembalikan

Mesti baca

NEPAL: Baru-baru ini video budak kecil menangis di tengah jalan sambil merayu supaya ayam-ayamnya tidak diambil, menyebabkan netizen media sosial tersentap melihat telatahnya.

Video dirakam menggunakan telefon bimbit dan dimuat naik di Facebook of The Voice of Sikkim menunjukkan budak lelaki berusia 6 tahun mengucapkan “selamat tinggal ayam dan merayu mahukan ayam-ayamnya dikembalikan kepadanya selepas dia diberitahu ayam-ayam itu diambil untuk disembelih dan dimakan.

Budak kecil itu dilihat menangis meraung “ayam, ayam, ayam!” sebaik sahaja melihat ayam peliharaan keluarganya dimasukkan ke dalam lori yang penuh dengan ratusan ayam.

Dia mendekati lori itu dan bertanya kepada mereka, “apa yang telah berlaku kepada kamu semua?”

Ketika ditanya sama ada dia berasa sedih atas kehilangan mereka, dia menjawab “saya akan merindui mereka,” jawabnya.

Ayahnya cuba memujuknya dengan mengatakan dia akan memberinya lebih banyak ayam untuk dipelihara.

Telatah kanak-kanak ini mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersimpati dengannya dan memuji sikapnya yang begitu sayangkan haiwan tersebut, lapor SAYS.

Secara Rawak

Artikel Terbaru