Tuesday, June 28, 2022

ADUN Sebuyau lawat projek RTP 

Secara Rawak

SEBUYAU: Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi bersama rombongan mengadakan lawatan kerja ke tapak projek-projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) kawasan Sebuyau, pada Sabtu.

Antaranya projek Menaiktaraf Gelanggang Padang Sekolah berjumlah RM70,000 dan Menaik taraf Tabika Kemas Hulu Sebuyau berjumlah RM100,000.

Sejurus selepas itu, beliau melawat ke bangunan Bank Rakyat baharu yang kini sedang dibina di Pekan Sebuyau. 

Tambah Datu Julaihi, dengan adanya pembukaan bank itu nanti, penduduk setempat akan lebih mudah berurusan mengenai pengeluaran wang dan pembukaan akaun.

Turut serta, Residen Bahagian Samarahan,Brahim Lumpu, Pegawai Tadbir Sebuyau,Ajis Ahmad, Pemanca Masyarakat Melayu Daerah Simunjan,Asli Yahya dan Penghulu Masyarakat Melayu Kawasan Sebuyau, Abu Seman Suhaili.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru