Monday, October 25, 2021

71,300 sudah dijangkiti di Sarawak 

Mesti baca

KUCHING: Kementerian Kesihatan melaporkan 10,710 jangkitan baharu Covid-19 dalam 24 jam lalu.

Sarawak pula merekodkan 261 kes, satu penurunan berbanding 388 semalam.

Dengan itu, kini jumlah keseluruhan direkodkan di negeri ini ialah 71,300 kes.

Ini meletakkan negeri ini di tangga ke3-11, pertama kali dalam tempoh sekitar dua bulan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter, jumlah keseluruhan jangkitan kini adalah 916,561.

Selangor terus merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 4,828.

Ini disusuli Kuala Lumpur dengan 945 kes, Johor (808), Negeri Sembilan (771), Kedah (696), Sabah (666), Perak (407), Pahang (369), Penang (295),  dan Melaka (289.

Manakala  Sarawak (261), Kelantan (146), Terengganu (123), Putrajaya (51), Labuan (50) dan Perlis (lima).

Secara Rawak

Artikel Terbaru