Friday, July 30, 2021

WHO aju siasatan baharu asal usul Covid di makmal Wuhan

Mesti baca

PBB: WHO mengajukan penyelidikan fasa kedua tentang asal usul virus korona di China termasuk di makmal Wuhan yang didakwa beberapa pihak sebagai tempat kemunculan virus tersebut.

Sejumlah diplomat di Geneva menuturkan kepada Reuters bahawa WHO meminta siasatan lebih lanjut di dilakukan di China, khususnya untuk mengaudit makmal di sekitar Wuhan.

Pengarah Jenderal WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus mencadangkan rancangan tersebut kepada negara anggota pada pertemuan tertutup pada Jumaat semalam.

Ghebreyesus memetik laporan CNN berkata, WHO memerlukan maklumat langsung seperti bagaimana situasi makmal ini sebelum dan pada awal pandemik melanda Wuhan.

Beliau berkata, halangan setakat ini ialah akses dan ketelusan berkaitan hipotesis diajukan.

Sehari sebelum itu Ghebreyesus mengatakan siasatan selama ini dihambat kekurangan data maklumat mentah dari kerajaan China berkaitan hari-hari pertama kemunculan kes Covid-19 di Wuhan.

Februari lepas, pasukan WHO berada di Wuhan empat minggu menyelidik asal usul virus korona bersama-sama penyelidik China.

Ketika itu WHO melaporkan, virus tersebut mungkin ditularkan dari kelawar kepada manusia melalui haiwan lain.

Banyak pihak dikatakan kecewa dengan laporan tersebut.

Kerajaan Presiden Xi Jinping sebelum ini berulang kali mengatakan mempolitikkan isu ini menghambat penyelidikan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru