Wednesday, September 22, 2021

Lori tangka bawa 33.39 tan bahan kimia berbahaya terbabas di Skrang

Mesti baca

BETONG: Sebuah lori tangki membawa bahan kimia berbahaya berjumlah 33.39 Tan terbabas di 23 Kilomter Jalan Skrang, awal pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong telah dikerahkan ke lokasi sejurus menerima laporan sekitar jam 8.58 pagi.

Dedahnya, hasil pemeriksaan awal dua pasukan operasi mendapati terdapat kebocoran pada bahan akibat daripada kemalangan.

Susulan itu jelasnya, pasukan operasi turut memohon bantuan pasukan Hazmat dalam membuat kawalan di lokasi kejadian.

Katanya, pemandu kenderaan terbabit berjaya keluar daripada kenderaan lalu diarahkan ke stesen jisim dekotaminasi untuk rawatan lanjut.

“Pasukan operasi telah melakukan tindakan isolasi secara perimeter dengan jarak 100 meter dari kesemua arah.

“Hasil tindakan pegenalpastian mendapati bahan terbabit merupakan alkali Natrium Hidroksida (33 peratus). Jarak selamat daripada bahan tersebut adalah 50 meter.

“Ia juga mengundang bahaya kerana boleh bertindak menghakis dan mempunyai racun,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, operasi diketuai oleh Komander Operasi iaitu PPgB Vincent Baling Yabi selaku Ketua BBP Betong.

Secara Rawak

Artikel Terbaru